WE OFFER FREE PROGRAMMES: UPSR, PMR & SPM EXAMINATION SEMINARS, EXPERIENCES EXCHANGE WITH PROFESSIONALS & UNDERGRADUATES, BDC SELF INNOVATION PROGRAMME, ENGLISH LANGUAGE INTENSIVE COURSES

MENJAWAB KEMUSYKILAN PENYERTAAN KELAB (Frequently Asked Questions)

 
 
 Edit Post
1.Apakah tujuan penubuhan Kelab Brain Development?

Brain Development Club ditubuhkan adalah untuk meningkatkan daya kreativiti dan gerak hati (intuition) terutama dalam bidang akademik. Boleh dikatakan semua tokoh-tokoh yang cemerlang di dunia ini adalah disebabkan hasil daya pemikiran kreatif mereka dalam mencipta sesuatu rekaan mahupun sistem. Ingatlah, Perisian Windows tidak akan menjadi kenyataan jika Bill Gates tidak kreatif untuk menghasilkannya.

Kami percaya bahawa setiap anak ada kelebihan masing-masing. Namun, disebabkan kelebihan tersebut tidak digilap dengan baik, maka sudah tentu ia merupakan kerugian yang total. Diawali dengan mengkreatifkan bidang akademik; termasuk mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan dan Sains; bermula dengan teknik belajar, teknik mengingat dan cara menjawab soalan, sehingga merealisasikan imaginasi mereka di dalam program BDC seperti “Inovasi Diri BDC”, sedikit sebanyak akan menghasilkan individu yang berkebolehan dan mampu menyesuaikan diri dalam era globalisasi.

Selain itu, proses pertukaran pengalaman oleh individu profesional yang ahli dalam bidang tertentu dan siswazah terpilih sebagai fasilitator (perubatan, kejuruteraan, perniagaan), akan memastikan ahli-ahli berada di dalam landasan yang betul. Situasi ini adalah lebih efisien; individu yang ahli dalam lapangan tertentu berkongsi pengalaman bagaimana beliau menyusuri kehidupan sehingga bergelar pekerja profesional manakala pertukaran pengalaman bersama para mahasiswa pula akan memberikan maklumat-maklumat terkini tentang sistem pendidikan di menara gading termasuk thesis yang dipilih.

Program ini berlangsung 1 bulan sekali agar tahap motivasi mereka sentiasa dalam keadaan stabil dan kelab ini didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

2. Mengapa perlu bayar secara bulanan?

Persoalan di atas perlu diperbetulkan. Brain Development Club tidak meminta bayaran daripada ahli untuk setiap program yang dijalankan, tetapi mensyaratkan supaya "AHLI PERLU MENABUNG" dengan membuat SIMPANAN TETAP BULANAN di institusi kewangan ternama yang ditetapkan oleh pengurusan BDC (BDC berlandaskan konsep penabungan untuk masa depan ahli dan bukan berlandaskan keuntungan seperti jual-beli barang atau perkhidmatan). Program-program BDC adalah PERCUMA untuk ahli (kos-kos dijana hanya daripada komisyen simpanan tetap tersebut). Khidmat ini secara lansung menggalakkan masyarakat menyimpan untuk kegunaan masa depan. Penjelasan ini dibuat agar tiada keraguan yang akan bermain di minda prospek BDC, kerana kami bukan sebuah organisasi yang berlandaskan keuntungan (BDC Is A Non-profit Organisation).

Si pencarum (ibu/bapa/penjaga) boleh mengeluarkan simpanan tetap tersebut di akhir tempoh matang (termasuk keuntungan simpanan tetap) dan boleh digunakan untuk keperluan masa depan seperti membiayai kos pendidikan tinggi untuk anak-anak.

Tambahan, seandainya si pencarum mengalami kemalangan atau meninggal dunia, pampasan akan diserahkan kepada pewaris DAN anak-anak tetap boleh terus menyertai program-program BDC.

3. Apakah kelebihan sifat kreatif dan gerak hati (intuition) yang diperjuangkan oleh Kelab Brain Development terutama dalam akademik?

Sistem pendidikan di barat, seperti contoh, negara Belanda, amat menitikberatkan pendidikan yang berasaskan kreatif dan intuisi. Kita pernah mempelajari sejarah penjajahan negeri Melaka oleh kuasa-kuasa barat yang ketika itu menjajah untuk mendapatkan bahan mentah (material). Tetapi, pernahkah kita terfikir apakah yang mula membuatkan mereka menjelajah dan menjajah? Ia tidak lain kerana amalan sistem pendidikan yang berlandaskan kreativiti, menjadikan mereka sebagai masyarakat pencipta, manakala sifat gerak hati yang menjadikan mereka sebagai masyarakat penjelajah.

Tahukah anda, bahawa negara Belanda adalah negara di bawah paras laut, yang mempunyai syarikat minyak terulung di dunia dan diiktiraf oleh syarikat kereta terkemuka (Ferrari) padahal ia tidak mempunyai sebarang kawasan minyak dalam negara?

4. Mengapakah medium interaksi Kelab Brain Development di dalam bahasa Inggeris?

Saya (pengasas BDC) bertugas sebagai jurutera elektrik di sebuah syarikat swasta. Dalam setiap mesyuarat yang saya hadiri (dalaman mahupun luaran) atau ceramah (berkenaan produk syarikat); yang biasanya dihadiri oleh berbagai bangsa, memerlukan untuk saya berbicara di dalam bahasa tersebut. Oleh itu, saya perhatikan bahawa penguasaan bahasa Inggeris yang lancar amat perlu agar objektif komunikasi tersebut tepat dan jelas (begitu juga dengan pembaca).

Jadi, setelah melalui kondisi sebegini, saya dapati bahawa bahasa Inggeris tidak kurang pentingnya. Sebagai anak Melayu, saya berasa simpati apabila melihat anak-anak Melayu tidak dapat menguasai bahasa Inggeris secara keseluruhan. Saya TIDAK membelakangkan bahasa ibunda tetapi dalam keadaan seperti yang saya nyatakan di atas, ia agak penting.

Dengan sebab itu, saya akan melaksanakan program Intensif bahasa Inggeris (termasuk grammar dan vocabulary) dalam SETIAP program-program BDC, yang akan menjadi program minor (1 hingga 2 jam) sebelum ahli-ahli disajikan dengan program-program major dengan harapan agar ahli-ahli mampu menguasai bahasa ini secara berperingkat.

5. Mengapakah Al-Quran dan Hadith menjadi asas perlaksanaan Kelab Brain Development? (bagi ahli non-muslim, sila ambil ia sebagai extra knowledge)

Saya dapati bahawa secara keseluruhan, apabila anak-anak kita mempelajari bahasa Inggeris, mereka akan terikut-ikut dengan budaya barat. Ya, memang tidak dinafikan, salah satu teknik tidak formal untuk menguasai bahasa Inggeris terutama dalam memperhalusi “pronunciation”, adalah melalui tontonan media dan lagu. Walaubagaimanapun, kelangsungan program tafsiran Al-Quran dan Hadith di dalam bahasa Inggeris sambil menghalusi “pronunciation” mereka, akan memberikan keputusan yang memberangsangkan sambil mendekatkan diri kepada yang Maha Pencipta.

Tidak perlulah anda risau kerana semasa program ini berlangsung, kami juga menyerapkan sifat kreativiti agar mereka memerhati Islam dari perlbagai sudut. Sebagai contoh, terdapat hadith berkenaan dengan sahabat nabi yang bernama Abdurrahman Ibu Auf, peniaga Islam yang tersohor, berniaga dan perkaitannya dengan konsep “supply” and “demand” yang wujud dalam sistem ekonomi kini.

6. Siapakah yang perlu mencarum dan siapakah boleh mengikuti program-program Kelab Brain Development?

Hanya SALAH SEORANG DARIPADA KETUA KELUARGA (ibu/bapa/penjaga) membuat simpanan tetap, maka secara automatik setiap anak dalam keluarga tersebut sah untuk mengikuti program-program PERCUMA Kelab Brain Development secara BERGILIR-GILIR dalam tempoh enam tahun.

Setelah tamat tempoh ENAM tahun tersebut, mereka akan di’pindah’kan ke peringkat Alumni Kelab Brain Development dan beberapa program akan terus berlangsung.

7. Ke manakah wang komisyen Simpanan Tetap ini akan disalurkan?

Komisyen bulanan tersebut akan disalurkan untuk membiayai pembayaran dewan program, sewaan kawasan program (FRIM, RRIM, UKM dan sebagainya), proses mencipta modul-modul, fotostat, fail, alat tulis, peralatan program (LCD projector dan OHP), jamuan, tempat tinggal (untuk program melebihi sehari mengikut keadaan), bayaran penceramah (doktor, jurutera, pensyarah, akauntan) dan bayaran fasilitator (siswazah yang menjayakan program-program kelab).

Kos-kos ini tidak termasuk pengangkutan (dinasihatkan agar ibubapa yang menghantar anak-anak ke lokasi program supaya wujud sifat kasih sayang dan pengharapan antara ibubapa dan anak).

8. Apakah perbezaan antara pusat tuisyen dengan Kelab Brain Development?

Sistem pendidikan Malaysia adalah berlandaskan kepada sistem peperiksaan bertulis (lebih 90% daripada sistem ini). Oleh yang demikian, bagi menampung kekurangan proses pembelajaran yang mungkin wujud di sekolah, maka penglibatan anak-anak terhadap kelas tuisyen adalah penting. Jadi, pusat tuisyen adalah pusat pendidikan tambahan untuk meningkatkan sistem peperiksaan bertulis tersebut.

Namun begitu, dunia sudah berubah. Sistem pendidikan kita perlu ditambahbaik bagi melahirkan insan yang berkebolehan dalam sebarang bidang. Mari kita lihat perbandingan di antara pelajar lepasan sekolah asrama penuh seperti MCKK, MRSM atau Sekolah Alam Shah, dengan sekolah harian. Pelajar sekolah berasrama penuh lebih terampil berbanding pelajar sekolah harian kerana mereka telah diserap dengan pelbagai aktiviti secara bertubi-tubi yang mana secara tidak sengaja, mereka telah pun meningkatkan kreativiti minda untuk menjadi insan yang terampil.

Sedar atau tidak, dewasa ini terlalu banyak berita mengenai bilangan pelajar-pelajar sekolah yang mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang tetapi terdapat banyak juga berita yang melontarkan tentang ketidak-terampilan graduan-graduan universiti tempatan padahal merekalah dulu disanjung kerana keputusan peperiksaan di peringkat sekolah yang cemerlang. Mengapa jadi begitu? Sebenarnya, sifat keterampilan mereka tidak disemai secara optima semasa di peringkat sekolah.

Jadi, kewujudan Kelab Brain Development adalah sangat bertepatan untuk merealisasikan sebuah negara yang berdaya saing kerana daya saing itu (competitive force) wujud dalam jiwa individu warganegara.

9. Berapa lamakah tempoh program-program Kelab Brain Development akan berlangsung?

Program-program Kelab Brain Development akan berlangsung sepanjang 6 tahun dan diteruskan dengan program-program alumni kelab.

10. Bagaimanakah cara untuk menjadi ahli Kelab Brain Development?

Sekiranya anda berminat, sila penuhi borang keahlian Kelab Brain Development (minta pihak kami menghantar borang melalui email saudara/i, di alamat email edu_haza@yahoo.com) dan hantarkan ke alamat email tersebut, atau hantarkan borang tersebut ke:

Pejabat Urusan Kelab Brain Development
No. 26-1, Tingkat 1
Jalan Pekaka 8/4
Seksyen 8
47810 Kota Damansara
Petaling Jaya Selangor

Office Tel/Fax: 03-61570416 / 03-61417531
H/P No: 017-2259078 (En. Haza)

Office Hour: (Saturday:10.00am-4.30pm/Sunday:10.00am-12.30pm)

ANDA DINASIHATKAN SUPAYA MENGISI BORANG KEAHLIAN KELAB TERLEBIH DAHULU UNTUK DATA ANALISA PIHAK KELAB DAN SILA HANTARKAN MELALUI EMAIL ATAU FAKSIMILI.

SIMPANAN TETAP PULA BOLEH DIMULAKAN APABILA BORANG SYARIKAT KEWANGAN (YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN MALAYSIA) PILIHAN KELAB DIISI DAN MENDAPAT PERSETUJUAN BERTULIS DARIPADA MEREKA.

[Sila buat temujanji dengan En. Haza terlebih dahulu (bekas guru Add. Math, Math & Science; kini jurutera elektrik) untuk mengelakkan sebarang masalah]