WE OFFER FREE PROGRAMMES: UPSR, PMR & SPM EXAMINATION SEMINARS, EXPERIENCES EXCHANGE WITH PROFESSIONALS & UNDERGRADUATES, BDC SELF INNOVATION PROGRAMME, ENGLISH LANGUAGE INTENSIVE COURSES

MASALAH & PENYELESAIAN

 
 
 Edit Post


1) MASALAH:

Kelemahan komunikasi dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa perdagangan menyebabkan hanya segelintir orang Melayu melibatkan diri dalam bidang perdagangan antarabangsa (berbanding dengan orang Cina, mereka mempunyai 'network' yang luas dan besar, yang banyak membantu mereka dalam bidang perdagangan antarabangsa)

PENYELESAIAN:

Melatih setiap anak-anak ahli menguasai 'Grammar, Spelling & Public Speaking' setiap minggu melalui kursus Bahasa Inggeris PERCUMA:

i. Kursus Bahasa Inggeris 'PRE-ELEMENTARY', Rabu: 8.45-10.00 malam.
ii. Kursus Bahasa Inggeris 'ELEMENTARY', Khamis: 8.30-10.00 malam.
iii. Kursus bahasa Inggeris 'INTERMEDIARY', Jumaat: 8.30-10.00 malam.

TAMBAHAN:
Kursus Bahasa Inggeris untuk ibubapa, Jumaat: 4.30-6.00 petang

MODUL DISEDIAKAN....



2) MASALAH:

Penggunaan teknik belajar dan mengingat yang lama, atau tidak tahu cara perlaksanaannya, MANAKALA untuk subjek Matematik, masalah untuk menukarkan ayat-ayat pada soalan permasalahan kepada bentuk Matematik.

PENYELESAIAN:

Melaksanakan bengkel-bengkel 'Math & Science' bulanan PERCUMA bagi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM kepada anak-anak ahli termasuk teknik belajar, berfikir dan mengingat milenium (Mnemonic, Mind Mapping, Plus-Minus-Interesting, dan banyak lagi). MODUL DISEDIAKAN....



3) MASALAH:

Negara menghasilkan ramai pelajar cemerlang di peringkat sekolah, tetapi kurang menghasilkan graduan-graduan yang berfikiran global.

PENYELESAIAN:

Meningkatkan pemikiran kreatif dan intuitif melaui program-program unik BRAIN DEVELOPMENT CLUB (BDC), membuat pemerhatian dan penilaian terhadap SETIAP anak-anak ahli untuk disuaikan dengan jenis pekerjaan terutama bersama syarikat kumpulan BDC.



4) MASALAH:

Kurangnya semangat untuk belajar disebabkan kurangnya maklumat-maklumat tentang pekerjaan profesional.

PENYELESAIAN:

BRAIN DEVELOPMENT CLUB menyediakan program pertukaran pengalaman bersama ahli-ahli profesional dan mahasiswa agar mereka dapat membuat gambaran tepat pekerjaan masa depan mereka.



5) MASALAH:

Program-program pendidikan dan motivasi yang mahal dan tidak berterusan.

PENYELESAIAN:

BRAIN DEVELOPMENT CLUB memberikan program-program mingguan, bulanan dan tahunan yang unik secara PERCUMA dengan sedikit syarat keahlian yang 'sukar ditolak'.

HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT...